Dua lagi kes varian delta di Kelantan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU: Dua lagi kes COVID-19 varian Delta dikesan di Kelantan semalam, menjadikan keseluruhan sebanyak tiga kes dicatatkan setakat ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, dua kes baharu itu dikesan di Pasir Puteh.

Katanya, pada masa yang sama, negeri itu juga merekodkan satu kes COVID-19 varian Beta di Pasir Mas dan menjadikan keseluruhan sebanyak 25 kes.

“Keputusan ini adalah hasil daripada 75 sampel yang dihantar JKNK untuk diuji baru-baru ini.DISYORKAN UNTUK ANDA

“Baki sampel yang lain masih menunggu keputusan sama ada ianya membabitkan kes varian membimbangkan (VOC) atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, maklumat lanjut masih dalam siasatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi mengesan punca kes jangkitan varian Delta.

Oleh demikian, Dr Zaini meminta orang ramai supaya berhati-hati dan sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) memandangkan varian delta dan beta semakin bertambah.

“Walaupun kerajaan memberi kemudahan termasuk makan di kedai, namun kita berharap masyarakat memainkan peranan masing-masing untuk mengekang penularan COVID-19.

“Kita berharap masyarakat sentiasa jaga kebersihan dan tidak mengabaikan saranan kerajaan,” katanya.

Sumber: Berita Harian