Dua sahabat terlepas hukuman gantung

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Alor Setar: Dua sahabat menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas dan membebaskan daripada pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki di sini, empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha melepas dan membebaskan Mohd Zahairuddin Zakaria, 40, dan Rizam Mohammad, 39, tanpa dipanggil membela diri selepas pihak pendakwa gagal membuktikan mereka terbabit menyebabkan kematian, Thomas Ooi Choon Chai, 37.

Ghazali dalam keputusannya berkata, seramai 12 saksi dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung kematian Thomas di Taman Perumahan Awam Mergong di sini, pada 27 Oktober 2017.

Keterangan yang diberikan oleh saksi gagal membantu pihak pendakwaan untuk mengaitkan tertuduh dengan kematian mangsa.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka itu antara 8.30 pagi hingga 11. 53 pagi didakwa bersama-sama menyebabkan kematian Thomas.

Kedua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan dikenakan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syarifah Abdul Rahman, manakala Mohd Zahairuddin dan Rizam diwakili peguam, Datuk Naran Singh.

Sumber: My Metro