Dulu rekod video pakai telefon, kini filem sulung Syahmi bakal ditayang di Astro First

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

NAMA Syahmi Sazli tidak asing lagi apabila dirinya boleh dikatakan dikenali ramai selepas dia menjadikan YouTube sebagai platform untuknya menyampaikan cerita-cerita rakyat dalam genre lawaknya tersendiri seperti drama Lawak Spontan.

Kini, YouTuber terkenal itu dilihat sudah berjaya mengembangkan sayap dalam bidang pengarahan.

Perkara tersebut dibuktikan apabila dia kini bergelar pengarah dan bakal menerbitkan filem sulungnya berjudul Mael Totey The Movie.

Filem tersebut bakal ditayangkan di Astro First pada 22 Oktober ini. Kejayaan tersebut sekali gus membuatkan peminatnya semakin mengagumi bakat beliau.

Berita tersebut dikongsikan menerusi laman Instagram dan Facebook rasminya. Syahmi juga turut memuat naik beberapa video trailer filem dan poster rasmi filem yang bakal ditayangkan itu.

Semasa awal perancangan pembikinan filem tersebut, Syahmi mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada orang ramai termasuklah mereka yang berada dalam industri perfileman seperti Profesor Dr A Razak Mohaideen.

“Alhamdulillah. Tiada kata yang mampu saya ucapkan selain bersyukur kepada Allah SWT. Dengan rasminya, inilah filem pertama arahan saya.

“Tak sangka tahun 2016 dulu saya buat video guna telefon sahaja dan kini saya berjaya arahkan sebuah filem pula,” katanya.

Cukup menghiburkan peminat dengan lawak-lawak spontan yang ditunjukkan dalam karyanya, ternyata orang ramai kini dilihat semakin tidak sabar untuk menonton filem yang menggunakan dialek Kelantan.

Sama-sama kita nantikan filem sulungnya yang bakal ditayang tidak lama lagi!

Sumber: SinarPlus