Duyong Marina & Resort Lancar Kempen Salam Malaysia, #senyumsokmo

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Duyong Marina & Resort melancarkan Kempen Salam Malaysia #senyumsokmo yang akan berlangsung sepanjang bulan ini hingga 30 September.

Pengurus Besar Duyong Marina & Resort,  Wan Faizul Wan Abbas berkata inisiatif tersebut adalah untuk menggerakkan dan mengadakan sambutan ini agar tersemat rasa cinta akan negara terutama di kalangan kakitangan Duyong Marina & Resort dan juga tetamu yang datang, serta menyemarakkan lagi budaya senyum, salam, sapa, sopan, dan santun. Ianya juga salah satu dari tuntutan agama agar menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia.

Tambahnya, salah satu objektif kempen ini dilancarkan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan menyemarakkan budaya senyum, salam, sapa sopan dan santun di kalangan kakitangan Duyong Marina & Resort yang berjumllah 149 orang staf serta Memupuk semangat warisan budaya bangsa dalam menjayakan kempen ini”

“31 ogos 2022 ini DMR akan menyediakan hidangan hi tea “citarasa malaysia”, iaitu menu campuran masakan melayu, cina dan indi,  dan ini merupakan “come back” hi tea DMR selepas berlakunya pandemik covid 19 pada Mac 2020.” katanya ketika merasmikan majlis perasmian Kempen Salam Malaysia #senyumsokmo di Restoran Verandah, Duyong Marina & Resort.

DMR turut menetapkan harga yang berpatutan sebagai harga “come back” iaitu rm49.00 bagi dewasa dan rm39.00 bagi kanak-kanak, warga emas dan juga kepada bayi merdeka.

Pada hari tersebut juga DMR akan mengadakan pertandingan pakaian bertemakan bendera malaysia yang paling kreatif dan menarik, cabutan bertuah dan pelanggan turut disajikan dengan hidangan halwa telinga dengan persembahan busker.

Duyong Marina & Resort juga turut berharap kempen ini dapat memupuk budaya senyum, salam, sapa, sopan, dan santun di kalangan kakitangan Duyong Marina & Resort kapada pelanggan dan masyarakat sekeliling secara berterusan. Seterusnya menjadi contoh dan ikutan yang baik kepada masyarakat sekeliling.

Wan faizul berkata kepada pemberita sebanyak RM 4.4 juta diperuntukkan bagi kos keseluruhan membaiki resort tersebut termasuk teknikal dan atap resort dan di jangka akan siap pada julai 2023.

Sumber : UNIT BERITA MANIS FM