Ebit Lew Ziarah Keluarga Siti Nur Surya, Sempat Kongsi Kisah Nabi Yakob

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sempat berkongsikan kisah Nabi Yakob AS yang diuji kehilangan anaknya, Nabi Yusuf dan kisah Nabi Muhammad SAW semasa menziarah kediaman Ismail Muda, bapa kepada Siti Nur Surya  di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Terengganu hari ini.

 Ustaz Ebit berkata, beliau berasa sayu dan pilu dengan pemergian Siti Nur Surya yang dipercayai dibunuh rakannya sendiri, baru-baru ini.

“Sampai jer rumah mereka, ayah Siti Nur Surya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah,” tulisnya dalam hantaran Facebook beliau hari ini 

Ismail memberitahu, dia tidak dapat melupakan anaknya dan air matanya asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik dan sentiasa jaga maknya yang sakit kanser selepas SPM.

Semalam, polis tidak menolak kemungkinan perasaan tidak puas hati akibat sering disindir, dipercayai menjadi punca pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, di Kampung Lubok Batu, Telemong, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata ia susulan dakwaan suspek ketika tampil di Balai Polis Telemong bersama ibunya bagi membantu siasatan kes terbabit kira-kira pukul 7.30 pagi semalam.