ECONSAVE Cawangan Pertama Kuala Terengganu Mula Dibuka Hari Ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Pasaraya ECONSAVE cawangan pertama KualaTerengganu yang juga merupakan cawangan ke-92 di Malaysia mula dibuka kepada orang ramai hari ini.

Pengurus Besar East Coast ECONSAVE, Toh Sharin berkata, sempena hari ini pelbagai tawaran harga-harga yang istimewa ditawarkan buat pengunjung yang hadir antaranya barang-barang pasar segar serta barangan rucit seperti makanan dalam tin, pakaian, barangan elektrik dan barangan plastik.

“Promosi hari ini yang paling murah sekali iaitu ayam dengan harga serendah 7.99 sekilogram, kobis 0.99 sen, bawang besar 1.50 sekilogram dan banyak lagi barangan lain yang menawarkan harga yang sangat rendah”.

Menurut beliau lagi, ECONSAVE dengan berpegang konsep “Bandingkan Harga Kami” dan “Hari-Hari Harga Terendah”.

“Insyallah kami akan bagi harga yang lebih rendah berbading (competitor) yang lain”, beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempen pembukaan hari pertama Econsave di Kuala Terengganu hari ini.

Tambah beliau lagi, sambutan yang diterima pada hari ini sangat memberansangkan dari segi pengunjung yang hadir sejak dari pagi.

Beliau turut berharap ECONSAVE mampu membantu setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama yang terkesan dengan kos sara hidup dengan dengan turut menyertai kempen jualan RAHMAH dan terdapat lebih 1000 barangan dijual pada penurunan harga 20-30 peratus diskaun.

– UNIT BERITA MANIS FM