Eina Azman Terima Kejutan Hadiah Kereta Mewah Dari Suami

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Bahagia melayari kehidupan perkahwinan bersama, suami dan sepasang kembar, Datin Paduka Eina Azman semalam menerima kejutan hadiah kereta mewah sempena ulangtahun kelahirannya kelmarin yang dimuat naik di media sosial.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih sayang untuk majlis hari jadi yang menakjubkan. Saya sangat gembira. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata bagi menggambarkan perasaan saya”

“Terima kasih sayang kerana menjadi suami serta ayah yang baik,” tulisnya di akaun Instagram berterima kasih kepada suami sempena ulangtahun kelahiran beliau kelmarin berserta dengan beberapa gambar majlis hari jadi.

Menerusi gambar-gambar di Instagram, Eina bukan sahaja menerima kereta mewah, malah turut diraikan dalam majlis yang diadakan di hotel mewah di ibu negara bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Malah sebelum itu juga, Eina turut menerima hadiah-hadiah mewah lain dari suami. Wah, beruntung jadi Eina mempunyai suami yang sangat romantis dan penyayang. Semoga rumahtangga Eina terus dirahmati selalu.

Sumber: Rotikaya