Ekonomi Terengganu Melonjak Positif, Catat KDNK 3.6 Peratus

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Sumber gambar : Media MB Terengganu

KUALA TERENGGANU – Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi negeri Terengganu mencatatkan prestasi pertumbuhan yang melepasi unjuran awal kerajaan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pertumbuhan yang dicapai jauh melepasi unjuran yang disasarkan sekitar 2.0 hingga 2.2 peratus.

“Pertumbuhan 3.6 peratus berbanding -5.7 peratus pada 2020 juga telah melebihi unjuran yang diletakkan iaitu sekitar 2.0 hingga 2.2 peratus. Sesungguhnya pencapaian ini adalah hasil usaha pelbagai pihak yang telah dilaksanakan sepanjang tahun lalu,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebooknya pada Jumaat.

“Pada masa yang sama, Terengganu juga berjaya merekodkan pencapaian yang baik bagi beberapa indikator dalam lima bidang tumpuan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu bidang kemajuan masyarakat, kemakmuran, keamanan, kerjasama dan penjagaan bumi,”

Beliau turut menyatakan kebimbangan pihak kerajaan tentang bebanan kenaikan harga barangan yang dihadapi kini.

Justeru katanya, isu tersebut akan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri yang sedang menanganinya bersama kerajaan Persekutuan.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM