Elaun Petugas Pentaksiran, Pemeriksaan SPM 2021 Akan Dibayar Mulai Hari Ini – Radzi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengarahkan pembayaran elaun kepada petugas pentaksiran dan petugas pemeriksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan segera diselesaikan.

Serentak itu, beliau mahu Lembaga Peperiksaan meneliti perkara berkenaan dan membuat pembayaran kepada guru yang terlibat dengan secepat mungkin.

“Saya menerima makluman tentang elaun petugas pentaksiran dan petugas pemeriksaan SPM 2021 masih belum diterima. Saya telah mengarahkan Lembaga Peperiksaan untuk meneliti perkara ini dan membuat bayaran kepada guru yang terlibat dengan segera.”

“Kita usahakan agar bayaran berkenaan dibuat mulai esok (hari ini),” katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi.

Sumber: BERITA HARIAN