Meskipun sedang bertarung dengan kanser limfoma tahap empat, penyanyi Elyana mengakui telah mengambil seorang anak angkat lelaki penghidap Sindrom Down sejak sebulan lalu yang diberikan nama Tulus.
Sebelum ini, Elyana pernah menyuarakan hasrat untuk mengambil anak angkat setelah dia tidak boleh hamil lagi kerana komplikasi rawatan kanser yang dilaluinya.
Elyana memberitahu perkhabaran gembira tersebut menerusi Instagramnya dan usia anak istimewanya itu kini sudah sebulan lebih. Elyana juga turut mengucapkan terima kasih di atas doa-doa peminatnya.
“Ya, ini anak saya cuma saya tidak melahirkannya. Kini umurnya genap sebulan 24 hari. Terima kasih atas doa-doa anda buat saya sekeluarga,” tulisnya.
Terdahulu, Elyana mengakui pernah hamil anak kedua namun terpaksa digugurkan kerana dikhuatiri komplikasi penyakit kanser yang dihadapinya akan membahayakan dirinya dan bayi dalam kandungan.
Mendirikan rumah tangga bersama Khairul Anuar Husin pada 2010, hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah yang kini berusia tujuh tahun.
Sumber : Rotikaya