Emart24 Sasar Buka 60 Cawangan Di Malaysia Tahun Ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KEDAI serbaneka paling pantas berkembang di Korea Selatan, emart24 menyasarkan pembukaan 60 cawangan kedai bagi tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif emart24 Malaysia, Vuitton Pang berkata untuk tahun ini mereka menyasarkan untuk membuka 60 buah cawangan emart24 di seluruh Malaysia.

“Kita sedang cuba untuk mencari lokasi yang lain di wilayah pantai timur dan kami mungkin akan cuba untuk pergi ke negeri seperti Kelantan, ataupun Johor juga.

“Kami turut berasa bangga kerana emart24 merupakan kedai serbaneka yang pertama bersama korean konsep yang dibuka di wilayah pantai timur.

“Untuk bulan depan kami juga akan buka cawangan kami di Melaka jadi orang Melaka boleh get ready untuk datang singgah ke emart24,” katanya ketika ditemu bual semasa pelancaran cawangan emart24 yang ke-32 di Baluk Darat, Pahang.

Emart24 di cawangan Baluk Darat kini dibuka dan mengadakan promosi selama 3 hari bermula 18 Januari 2023 (Rabu) hingga 20 Januari 2023 (Jumaat).

Pelbagai promosi menarik yang menanti para pelanggan antaranya para pelanggan dapat menikmati aiskrim dan kopi sebanyak RM1 sahaja dan semua makanan korea yang terdapat di cawangan itu, para pelanggan dapat menikmati pemotongan harga sebanyak 24%.

Vuitton turut berkata setiap pembukaan cawangan baharu, para pelanggan dapat menikmati promosi yang mereka tawarkan selama 3 hari pertama pembukaan cawangan tersebut.

“Saya harap pelanggan boleh datang singgah ke emart24 untuk cuba makanan kami sebab memang harga dia berpatutan dan makanan kami semua dijamin halal.

“Jadi kalau para pelanggan ingin cuba makanan Korean yang street food bolehlah datang ke e-mart24 kerana kami ada pelbagai makanan yang diimport dari korea,” katanya.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM