Enam Sungai di Pahang Lepasi Paras Bahaya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Enam sungai di Pahang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya setakat jam 8 pagi ini, berbanding empat sungai, semalam.

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai berkenaan tiga di daerah Lipis manakala masing-masing satu di Jerantut, Bera dan Maran.

Sungai terbabit ialah Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis yang merekodkan bacaan 99.67 meter (m) berbanding paras bahaya 97.25m.

Sungai Jelai di Jeti Lipis, Lipis pula merekodkan 66.11m berbanding 62m manakala Sungai Lipis di Benta, Lipis 75.38m berbanding 73.50m.

Ia diikuti Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut dengan catatan 45.67m berbanding paras bahaya 41 m dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera, dengan catatan 32.06m berbanding paras bahaya 29.70m.

Sumber: BERITA HARIAN