DOHA: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) malu selepas secara tidak sengaja membuat ciapan iklan separuh akhir Piala Dunia antara England dan Amerika Syarikat (AS).
Argentina mengalahkan Croatia 3-0 pada separuh akhir pertama pagi tadi manakala juara bertahan Perancis akan berdepan Maghribi pada satu lagi aksi separuh akhir awal pagi esok.
Ketika kedua-dua pertembungan empat terakhir itu tepat dalam laman sesawang rasmi FIFA, akaun Twitter badan induk dunia itu sebaliknya apabila mereka menyiarkan imej England melawan AS dengan foto Harry Kane dan Christian Pulisic menghiasinya.
Di samping itu, mereka meletakkan kapsyen: “Tempat ke final menanti! Anda pasti tidak mahu terlepas aksi malam ini!”
England disingkirkan Perancis pada suku akhir manakala AS tewas kepada Belanda pada pusingan 16 terakhir.
Jelasnya FIFA tidak membayangkan pada awalnya apa yang akan keluar ketika mereka menyiarkan iklan itu namun ciapan itu pantas dipadam beberapa minit selepas dihantar.
Bagaimanapun beberapa pengguna media sosial sempat melihat kesilapan itu dan memberi reaksi terhadapnya.
Seorang pengguna berkata: “Adakah anda mempersenda Kane?”
Manakala seorang lagi warganet menambah: “Nampaknya FIFA menyenaraikan semula England dan AS.”
Sementara itu, peminat England yang masih berduka berikutan kekalahan di tangan Perancis berharap kesilapan FIFA itu berlaku dalam bumi nyata.
“Saya mahu kembali hidup dalam garis masa itu,” kata seorang penyokong Three Lions. – AGENSI
Sumber: BERITA HARIAN