EPIC Berhad Peruntuk RM60 Ribu Bantu Murid Asnaf

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Anak syarikat Kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad memperuntukkan RM60,000 dengan melibatkan 80 murid asnaf pada program Jalinan Kasih Ramadan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif EPIC, Ridzuan Ali berkata, ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk membantu golongan memerlukannya.

Katanya, program Jalinan Kasih Ramadan pada tahun ini melibatkan dua daerah iaitu Kemaman dan Kuala Terengganu.

“Setiap murid terpilih diberi peruntukan RM250 kelengkapan Hari Raya Aidilfitri seperti pakaian dan kasut raya.

“Mereka juga diraikan di sebuah majlis jamuan berbuka puasa bernilai RM50 seorang yang diadakan di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu, di samping menerima duit raya sebanyak RM100,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di program Jalinan Kasih Ramadan di KTCC Mall pada Khamis.

Tambah Ridzuan, sepanjang Ramadan, EPIC secara keseluruhannya telah memperuntukkan sebanyak RM170,000 untuk menyantuni golongan- golongan asnaf dan juga komuniti setempat melalui program-program CSR bagi  berkongsi rezeki.

– UNIT BERITA MANIS FM