Facebook Bakal Carikan Jodoh Untuk 200 Juta Pengguna Yang Masih ‘Forever Alone’

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg baru-baru ini telah mengumumkan syarikatnya akan memperkenalkan ciri yang hampir sama dengan Tinder iaitu aplikasi untuk mencari jodoh tetapi versi lebih serius di media sosial itu.

Beliau mendapat idea tersebut setelah mendapati hampir 200 juta pengguna Facebook yang masih berstatus bujang. Mark Zuckerberg sedar akan kemungkinan pengguna tidak yakin untuk menggunakan ciri tersebut berikutan dengan isu privasi yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Oleh itu beliau menjanjikan ciri ini akan dirancang dan dikendalikan dengan lebih baik.

Ciri ini boleh diakses oleh semua pengguna secara percuma. Ciri terbaru ini membolehkan pengguna untuk berkenalan dengan orang baru melalui persamaan minat dan undangan terkini yang dihadiri bersama.

Pengguna akan berhubung antara satu sama lain melalui teks peribadi yang berasingan dengan Facebook Messenger atau Whatsapp. Jadi buat anda yang masih mencari jodoh yang sesuai jangan risau, Facebook akan bantu anda.

Sumber : Vocket