Facebook dapati China jalankan operasi menggodam peranti Muslim Uyghur

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
IPhone memaparkan halaman utama Facebook di New Orleans, 11 Ogos 2019. (Foto AP Foto)

California, 11 Sya’ban 1442 H, Khamis: Facebook, Penggodam di China didapati telah menggunakan akaun Facebook palsu dan laman web samaran untuk memecah masuk ke dalam komputer dan telefon pintar Muslim Uyghur, lapor rangkaian media sosial Facebook.

Syarikat itu menyatakan bahawa operasi rahsia dan moden itu telah menyasarkan para aktivis, wartawan, pihak pembangkang Uighur dari wilayah Xinjiang China, serta individu yang tinggal di Turki, Kazakhstan, A.S, Syria, Australia, Kanada dan negara-negara lain.

Para penggodam berusaha untuk mengakses masuk ke dalam komputer dan telefon pihak wartawan dan aktivis dengan membuat akaun Facebook, laman web dan aplikasi palsu yang bertujuan menarik minat audiens penduduk Uighur. Terdapat beberapa kes dimana pihak penggodam membuat laman web yang serupa dengan laman web berita sah yang popular di kalangan penduduk Uighur.

Akaun dan laman web yang diwudkan itu mengandungi pautan berbahaya. Apabila audiens sasaran meng’klik’ pautan tersebut, komputer atau telefon pintar mereka akan terus dijangkiti perisian yang membolehkan rangkaian mengintip peranti sasaran.

Perisian tersebut akan memperolehi data mangsa termasuk lokasi, rekod menaip yang dilakukan di peranti mereka, serta kenalan mangsa, menurut FireEye, sebuah firma keselamatan siber yang melakukan penyelidikan tersebut.

Secara keseluruhan, kurang daripada 500 orang telah menjadi sasaran penggodam pada 2019 dan 2020, kata Facebook. Syarikat itu memberitahu bahawa mereka telah mendedahkan rangkaian yang digunakan untuk mengintip sasaran dan menutup akaun palsu serta memaklumkan individu yang dintip bahawa peranti mereka telah digodam. kebanyakan aktiviti penggodam berlaku di laman web dan platform selain Facebook.

“Mereka berusaha untuk mewujudkan satu personaliti baru, mewujudkan kepercayaan dalam komuniti, dan menggunakan muslihat ini sebagai taktik agar mereka mengklik pautan tersebut dan mendedahkan peranti mereka,” kata Nathaniel Gleicher, ketua polisi keselamatan Facebook.

Siasatan Facebook mendapati terdapat hubungan antara pihak penggodam dan dua syarikat teknologi yang berpusat di China namun setakat ini syarikat tersebut tidak mempunyai hubungan langsung dengan pemerintah China, yang telah dikritik hebat kerana tindakan zalim mereka terhadap orang Uighur di Xinjiang.

Firma FireEye walau bagaimanapun, menyatakan dalam sebuah pernyataan bahawa “kami percaya operasi ini dilakukan untuk menyokong” pemerintah China.

China telah memenjarakan lebih dari 1 juta orang, termasuk penduduk Uighur dan kumpulan etnik yang kebanyakannya beragama Islam, di kem penempatan yang dikhaskan menurut pegawai A.S. dan kumpulan hak asasi manusia.

Tahanan Uyghur telah mengalami penyiksaan, pensterilan dan indoktrinasi politik, selain menjadi buruh paksa, yang merupakan sebahagian dari kempen asimilasi.