Federer Puji ‘Usaha Menakjubkan’ Djokovic

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PARIS – Roger Federer memuji “usaha menakjubkan” ditunjukkan Novak Djokovic ketika menang gelaran ke-10 tenis Terbuka Australia seterusnya menyamai rekod gelaran ke-22 Grand Slam semalam.

“Usaha yang menakjubkant, sekali lagi! Tahniah,” kata Federer yang menang 20 kejuaraan major menerusi mesej pendek di Instagram.

Djokovic menewaskan Stefanos Tsitsipas menerusi straight sets untuk menambah satu lagi trofi pada Terbuka Australia selain tujuh di Wimbledon, tiga di Terbuka Amerika Syarikat dan dua di Terbuka Perancis.

Koleksi 22 gelaran Grand Slam miliknya membuatkan dia berkongsi catatan bersama Rafael Nadal.

Djokovic pada usia 35 tahun, setahun lebih muda berbanding Nadal yang juga juara bertahan di Melbourne.

Nadal tersingkir pada pusingan kedua dan berdepan kemungkinan tersisih hingga lapan minggu kerana kecederaan pinggul.

Bekas pemain nombor satu dunia, Federer bersara tahun lalu pada usia 41 tahun selepas gagal sembuh daripada kecederaan lutut.

Sumber : BERITA HARIAN