Fenomena Air pasang besar di Kemaman

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Daerah Kemaman dilanda fenomena air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan yang terletak berhampiran pesisir pantai dan muara sungai mula dinaiki air, malam tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, berkata susulan kejadian itu dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Kuala Kemaman dan di Jabor, Chukai dibuka malam tadi.

“PPS pertama dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga, Chukai, kira-kira jam 9 malam tadi dan 10 mangsa daripada dua keluarga yang tinggal berhampiran pantai Geliga dipindahkan ke PPS berkenaan.

“Satu lagi PPS dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor yang membabitkan lapan mangsa daripada dua keluarga, Mereka dipindahkan ke PPS itu jam 10 malam tadi,” katanya melalui laporan harian bencana, hari ini.

Secara keseluruhan hingga jam 12 tengah malam tadi, seramai 18 mangsa daripada dua keluarga di pindahkan ke PPS.

Keadaan cuaca sehingga jam 12 tengah malam tadi adalah hujan di beberapa tempat.

Sumber: BERITA HARIAN