Fenomena BTS Meal di Malaysia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Semalam 26 Mei 2021 merupakan hari yang bersejarah buat peminat kumpulan kpop BTS di Malaysia kerana diberi ‘penghormatan’ sebagai negara pertama di Asia merasai hidangan eksklusif McDonald’s, iaitu BTS Meal.

BTS Meal itu turut melakukan ‘jelajah’ ke hampir 50 negara di seluruh dunia dan ianya dijual di cawangan terpilih di Malaysia serentak dengan Amerika Syarikat, Austria, Brazil, Kanada serta beberapa negara lain.

Kumpulan gergasi dari Korea Selatan itu bekerjasama dengan syarikat makanan segera untuk memilih hidangan kegemaran mereka iaitu 10 ketul Chicken McNuggets, kentang goreng bersaiz sederhana, air Cola-Cola bersaiz sederhana, serta didatangi dengan dua sos istimewa iaitu sos Sweet Chili dan Cajun yang diinspirasi daripada resepi popular Mcdonald’s Korea Selatan.

Walaupun Malaysia merupakan negara Asia yang pertama mendapat BTS Meal, namun begitu peminat BTS Malaysia atau lebih dikenali sebagai ARMY turut menunjukkan penghargaan mereka kepada kru Mcdonald’s.

Ekoran permintaan dan pesanan yang tinggi, Malaysia ARMY telah menghantar 40 set makanan ringan ke sebuah cawangan McDonald’s di Tampin, Negeri Sembilan untuk membantu memberi tenaga kepada kru. Setiap kit makanan ringan itu mengandungi susu pisang,bar tenaga,kiub Milo dan lirik inspirasi dari BTS.

Malaysia ARMY juga mengingatkan untuk mengucapkan terima kasih kepada kru McDonald walaupun di mana sahaja mereka berada.