Fenomena Gerhana Bulan Penuh dan Panduan Solat Sunat (Khusuf) Gerhana

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

FENOMENA GERHANA BULAN

Hari ini sekali lagi Malaysia akan menyaksikan Fenomena gerhana bulan penuh atau dikenali sebagai ‘Super Flower Blood Moon’ yang mana berlaku akan sekitar waktu petang sehingga 9.30 malam ini.

Secara ringkasnya, fenomena ini berlaku apabila bumi berada sejajar ditengah-tengah antara kedudukan matahari dan bulan dan keseluruhan bulan berada dalam bayang-bayang umbra.

Menurut laman rasmi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Fenomena gerhana bulan penuh atau dipanggil ‘𝙎𝙪𝙥𝙚𝙧 𝙁𝙡𝙤𝙬𝙚𝙧 𝘽𝙡𝙤𝙤𝙙 𝙈𝙤𝙤𝙣’ akan menyebabkan Bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 14 minit pada fasa gerhana penuh. Fenomena gerhana ini akan berlaku selepas beberapa jam Bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee). 

𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 BULAN BERTUKAR 𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗛? 

Fenomena ini disebut sebagai serakan Rayleigh, iaitu fenomena yang menyebabkan matahari kelihatan kemerahan ketika matahari terbit dan terbenam, pelangi kelihatan berwarna-warni dan langit kelihatan kebiruan. 

1. Cahaya Matahari

Semasa Gerhana Bulan Penuh, Bumi menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke permukaan Bulan. Apabila Bulan berada sepenuhnya dalam bayang umbra Bumi, cahaya Matahari masih boleh sampai dan menyinari Bulan.

Cahaya Matahari akan melalui atmosfera Bumi terlebih dahulu dan kebanyakan cahaya warna biru akan ditapis. Cahaya yang tertinggal ialah warna merah atau jingga yang lebih malap berbanding dengan cahaya putih Matahari.

2. Atmosfera Bumi

Atmosfera Bumi juga membiaskan sebahagian cahaya Matahari dan hanya sebahagian kecil sahaja yang sampai dan menyinari Bulan. Kesan penapisan dan pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera Bumi menyebabkan Bulan kelihatan merah semasa gerhana maksimum.

Jika Bumi tiada atmosfera, maka Bulan akan berada dalam keadaan gelap sepenuhnya semasa berlakunya Gerhana Bulan Penuh.

Rajah menunjukkan gambaran gerhana bulan penuh yang akan berlaku apabila bulan memasuki umbra.
Sumber: myspace.com

GERHANA MATAHARI ADALAH TANDA KEBESARAN ALLAH

Fenomena gerhana bulan ini adalah salah satu bentuk keagungan Allah Taala. Ia sama sekali tidak berkait dengan sebarang kematian atau perkara ghaib sebagaimana yang dipercayai oleh masyarakat jahiliyah pada zaman Nabi.

Alam cakerawala adalah alam yang mengandungi sistem suria, bulan, bintang dan sebagainya dan semuanya adalah di bawah kawalan Allah S.W.T yang mana kesemuanya beredar di tempat peredaran masing-masing. Firman Allah SWT Taala :

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

Maksudnya : “ Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan tiap-tiap satunya beredar terapung-terapung di tempat peredarannya masing-masing”

(Surah Al-Anbiyya : ayat 33)

Sebagai umat Islam, kita disarankan untuk melakukan solat sunat, mendengar khutbah dan berdoa sepanjang berlakunya gerhana bulan ini.

PANDUAN SOLAT SUNAT KHUSUF (GERHANA)

Cara solat sunat khusuf juga seperti solat sunat lain yang mengandungi dua rakaat dan hukumnya adalah sunat muakkad. Ia boleh dilakukan secara bersendirian mahupun berjemah di mana-mana sahaja bermula dari berlakunya gerhana sehingga berakhirnya gerhana.

Namun apa yang perlu diberi perhatian bagi solat sunat khusuf ini ialah terdapat 4 kali bacaan al-Fatihah , 4 Ruku’ dan 4 sujud bagi kedua-dua rakaat tersebut.

Berikut adalah cara Solat Sunat Gerhana Bulan yang lengkap mengikut rakaat.

  1. Lafaz niat solat sunat khusuf

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku Solat Sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Rakaat Pertama

  1. Takbiratul Ihram
  2. Membaca doa Iftitah
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah al-Baqarah (atau mana-mana surah yang panjang yang dihafal)
  5. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 100 ayat)
  6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  7. Membaca surah Ali-lmran (atau mana-mana surah)
  8. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 90 ayat)
  9. Iktidal
  10. Sujud dan membaca tasbih
  11. Duduk antara dua sujud
  12. Sujud kembali
  13. Berdiri untuk rakaat kedua

Di bawah merupakan panduan secara infografik yang disediakan oleh pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk panduan yang lebih jelas: