Festival Filem Antarabangsa Durban (DIFF) memutuskan untuk memboikot produksi sinematik Israel, sebagai protes terhadap serangan kejam baru-baru ini di yang berlaku di Gaza dan pelanggaran berterusan hak-hak warga Palestin.
DIFF menolak penyertaan Pengarah Yakie Ayalon dengan dokumentari “Eretz Go”, yang menceritakan perjalanan keluarga pendatang dari Nigeria ke Israel.
Ayalon menerima e-mel dari jawatankuasa penganjur yang menyatakan bahawa festival tersebut berkomitmen untuk memboikot Israel, berdasarkan kepercayaan mereka terhadap keadilan sosial, nilai hak asasi manusia dan atas dasar harga diri.
Jawatankuasa penganjur DIFF menyatakan bahawa mereka tidak akan menayangkan filem-filem yang dilakukan oleh pengarah Israel semasa Festival Filem Antarabangsa Durban selagi hak-hak rakyat Palestin terus ditekan oleh pemerintah Israel dan menambah bahawa mereka juga pernah menerima nasib yang serupa disebakan sistem apartheid di Afrika Selatan, menurut AFP.
Jawatankuasa penganjur memikul tanggungjawab untuk melakukan apa sahaja yang boleh dilakukan untuk memastikan sokongan antarabangsa terhadap perjuangan Palestin.
DIFF akan diadakan dari 22 Julai hingga 1 Ogos.
Sumber: Middle East Eye