Festival Filem Antarabangsa Muslim yang pertama di Toronto (MIFF) telah diadakan pada 30 Oktober di Ontario Teater secara pandu masuk.
Menurut Hirra Farooqi selaku pengasas program ini menyatakan “Ini adalah Festival Filem Antarabangsa Muslim yang pertama di Toronto (MIFF) dan ia juga merupakan festival filem pandu masuk.
“Berdasarkan situasi dunia kita sekarang, banyak festival filem yang terpaksa dibatalkan pada tahun ini. Walaubagaimanapun, kami bersyukur kerana dapat menjadi tuan rumah program ini yang bukan dilaksanakan bukan semata-mata untuk kami tetapi bagi meraikan penonton yang hebat ini yang menjadi faktor utama kenapa festival ini diadakan. Festival yang pertama kali diadakan ini menampilkan filem dari Kanada, Pakistan, Turki, dan Amerika dan pelbagai jenis genre.
Antara filem yang akan ditayangkan ialah, “I am Rohingya: A Genocide in Four Acts,” yang memfokuskan pada pengalaman 14 pelarian muda yang melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai warga Muslim Rohingya oleh rakyat Burma yang sedang berlaku sekarang ini dan bagaimana para pelarian telah menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka di Kanada. Filem lain termasuk filem thriller psikologi, merupakan sebuah dokumentari mengenai pengalaman pelarian Syria di Kanada, sebuah filem tentang bagaimana seorang wanita Afghanistan memulakan gerakan perlawanan, dan sebuah filem mengenai penjajahan Kerajaan British di Asia Selatan.
“Barisan filem yang terpilih benar-benar menunjukkan kepada kami betapa wujud variasi bakat dalam komuniti Muslim dan persembahan yang kami mahukan di media ada di hadapan kami di dalam komuniti kami sendiri,” kata Hirra Farooqi.
Muslim Festival
Hirra Farooqi dan Obaid Babar (Pengasas Bersama )melancarkan MIFF setelah menghadiri Festival Filem Zonta, sebuah festival yang meraikan pembuat filem wanita yang dihadiri pada tahun lepas. “Kami memikirkan betapa pentingnya mengadakan festival seperti ini yang meraikan kumpulan minoriti tetapi mengapa kami tidak pernah mendengar atau menghadiri pesta yang meraikan kejayaan umat Islam. Ketika itulah kami mengemukakan idea Festival Filem Antarabangsa Muslim. “
Namun, ketika wabak COVID-19 melanda awal tahun ini, penganjur terpaksa menyesuaikan rancangan mereka dan memindahkan festival secara pandu masuk. “Kami sememangnya sangat ingin menjadi tuan rumah acara ini sebagai festival filem tradisional, namun kerana sekatan COVID, kami tidak dapat melakukannya,”Sepanjang tahun ini, kami sangat bingung tentang apa atau bagaimana kami dapat melakukan ini pada tahun pertama kami.”
“Tetapi Alhamdullillah, dengan Rahmat Allah, kami dapat melakukan acara ini, bukan dengan cara tradisional, tetapi bagi saya ia merupakan satu tindakan yang lebih baik dari rancangan sebelumnya. Konsep teater pandu lalu bukanlah sesuatu yang kami rancangkan namun setelah berlakunya wabak pandemik ini ia menjadi sesuatu yang sangat kita teruja untuk mencuba dan memastikan festival ini berlaku.
Sumber : About Islam