Festival Kraf Tekstil Pantai Timur (FKTPT) 2023 Dapat Sambutan Menggalakkan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Festival Kraf Tekstil Pantai Timur (FKTPT) 2023 yang dianjurkan bermula 19 Januari lalu mendapat sambutan yang menggalakkan dan memberasangkan daripada masyarakat di tiga lokasi penganjuran.

Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Md Azrul Hussien berkata , selama 7 hari penganjuran itu berlangsung, kedatangan pengunjung ke festival itu begitu ramai terutamanya waktu kemuncak seperti baru-baru ni pada Tahun Baharu Cina.

Tambahnya lagi, ramai pengunjung mengambil peluang untuk membeli produk-produk kraf dan tekstil di reruai usahawan festival ini ketika perayaan Tahun Baharu Cina berlangsung.

Menurut beliau lagi, pihak Kraftangan Malaysia juga telah membantu usahawan-usahawan kraf yang terlibat pada festival dengan membantu dari segi pengajaran ataupun membantu dari segi menghasilkan produk-produk batik yang baru  seperti batik-batik alternatif yang menggunakan clay ataupun tanah liat dan juga bahan-bahan lain.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang penganjuran terutamanya di East Coast Mall (ECM), Kuantan, terdapat aktiviti seperti demonstrasi kraf tenun Pahang diraja, aktitviti Interaktif mewarna batik, pameran-pameran batik Malaysia, pameran institut kraf negara ( untuk hebahan kemasukan ke Institut Kraf Negara.

Ujarnya, pelnglibatan usahawan kraf di festival ini bukan hanya tertumpu kepada usahawan Pantai Timur sahaja,terdapat juga usahawan-usahawan kraf yang dijemput daripada luar negeri pantai timur seperti Sabah, Selangor, dan juga negeri-negeri lain.

Tambahnya lagi, beliau turut menyeru agar pengunjung untuk terus datang berama-ramai ke tiga lokasi penganjuran sementara ia berlangsung bagi mendapatkan produk asli kraf dan tekstil daripada usahawan Terengganu, Kelantan dan juga Pahang.

FKTPT 2023 diadakan selama sebelas hari bermula 19 Januari higga 29 Januari di tiga lokasi iaitu di East Coast Mall (ECM), Kuantan, KTCC Mall, Kuala Terengganu dan Mesra Mall, Kemaman.

– UNIT BERITA MANIS FM