SETIU – Festival Taman Negeri Setiu Wetlands yang berlangsung selama empat hari bermula 4 hingga 7 Julai telah berjaya mendapat sambutan yang luar biasa daripada pengunjung dengan pembukaan sebanyak 28 buah reruai.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembukaan 28 reruai dan gerai itu memberi peluang terutama kepada masyarakat Setiu agar dapat berniaga dan mengembangkan warisan budaya Setiu keperingkat lebih tinggi.
Selain itu, beliau juga berkata program seperti ini akan di pertingkatkan lagi penyertaanya terutama daripada komuniti Setiu dalam penganjuran program festival Setiu Wetland, sekaligus membawa masyarakat bersama dengan kerajaan bagi mengembangkan lagi kebolehan masyarakat dalam pemeliharaan ekosistem yang ada Setiu.
Tambah beliau, kerjasama di antara Jabatan Pelancongan negeri dan Majlis Pengurusan Jabatan Taman Negeri dan semua pihak akan berterusan untuk menjaga ekosistem bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga ke peringkat antarabangsa.
Beliau turut berharap agar komuniti setempat turut terlibat sama kerana mereka mempunyai produk produk seperti anyaman dan barang kraf tangan yang boleh dikembangkan bukan sahaja di kampung tetapi keluar lebih jauh sehingga harganya akan lebih tingggi di satu tempat di luar sana serta dapat menaikkan nama terengganu.
Beliau berucap demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Festival Setiu Wetlands 2022 di Boardwalk Setiu, Kampung Pengkalan Gelap.
Turut hadir, pada majlis perasmian berkenaan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja.
Sumber : UNIT BERITA MANIS FM