FIFA Benarkan 26 Pemain Untuk Skuad Piala Dunia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PARIS – FIFA akan membenarkan negara bertanding memilih hingga 26 pemain untuk Piala Dunia 2022 di Qatar, bertambah tiga orang lagi untuk kejohanan bermula 21 November hingga 18 Disember itu.

“Jumlah pemain yang boleh dimasukkan ke dalam senarai akhir ditambah kepada sekurang-kurangnya 23 dan maksimum 26,” kata FIFA dalam satu kenyataan.

Badan induk bola sepak dunia itu berkata, keputusan untuk menambah skuad dibuat “berdasarkan keperluan untuk mengekalkan kemampuan berikutan tempoh yang unik” kejohanan tahun ini yang mengganggu musim kelab Eropah.

FIFA juga mengambil kira “konteks lebih luas kesan akibat pandemik COVID-19 terhadap skuad sebelum dan ketika kejohanan.”

UEFA menggunakan perubahan sama untuk Euro 2020 tahun lalu selepas mengambil kira permintaan jurulatih yang bimbang mereka akan kehilangan pemain kerana COVID-19.

Skuad kebangsaan perlu menamakan 23 pemain dalam skuad Piala Dunia dan Kejohanan Eropah sejak Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan.

Sebelum itu, hanya 22 pemain dibenarkan dalam, setiap skuad untuk kejohanan antarabangsa.

Sumber: BERITA HARIAN