FIFA, Dunia Puji Ultras Malaya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan kumpulan penyokong Ultras Malaya memberikan penghormatan kepada pasukan Thailand selepas tamat aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022, malam tadi mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

Lebih membanggakan apabila ia turut meraih pujian daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang memuat naik video berkenaan di laman Twitter mereka.

Badan bola sepak dunia itu turut menulis: “Perlawanan yang indah. Penyokong Malaysia menunjukkan penghormatan kepada pemain Thailand selepas pasukan mereka tewas dalam Piala AFF.”

Rata-rata pengguna media sosial menganggap tindakan itu sebagai terbaik daripada Ultras Malaya walaupun skuad Harimau Malaya tewas dan terkandas di pusingan separuh akhir.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Gajah Perang yang juga juara bertahan mara ke final buat kali ke-10 dengan agregat 3-1 selepas tewas 0-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Thailand akan menentang juara dua kali Vietnam di pentas akhir yang akan berlangsung pada Jumaat dan Isnin ini.

Sumber : BERITA HARIAN