Bogota – Bekas pemain antarabangsa Colombia, Freddy Rincon meninggal dunia pada usia 55 tahun selepas mengalami kecederaan parah dalam kemalangan kelmarin, menurut doktor hari ini.
“Di sebalik semua usaha dilakukan petugas perubatan, Freddy Eusebio Rincon Valencia gagal diselamatkan dan meninggal dunia hari ini,” kata Imbanaco Clinic di Cali, tempat di mana bekas bintang Real Madrid itu dibawa selepas kenderaannya bertembung dengan bas pada jam 4.30 pagi.
Rincón antara tonggak generasi emas Colombia yang membawa skuadnya ke tiga Piala Dunia berturut-turut pada 1990, 1994 dan 1998 bersama Carlos Valderrama dan Faustino Asprilla. Rincón meraih 84 kap buat Colombia dan meledak 17 gol sepanjang kariernya.
Pemain tengah itu menyertai Real Madrid dari Napoli pada 1995 dan menghabiskan dua musim di Bernabéu sebelum kembali ke Amerika Selatan dengan menyertai Palmeiras.
Dia mengetui kelab Brazil, Corinthians yang menjuarai Piala Dunia Kelab pada 2000.
Sumber: HARIAN METRO