Gadis Tular Kerana Kritik Islam, Kunjungi Masjid sebagai tanda damai

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Mila (kanan) diberi penerangan oleh Hafiz ketika melawat Masjid Besar Paris. – Foto AFP

Seorang gadis Perancis yang tular akibat kritikan tajamnya terhadap Islam bertemu imam masjid utama di Paris, iaitu Imam Chems Eddine Hafiz. Gadis tersebut yang bernama Mila, menyatakan kritikannya yang tajam secara terang-terangan sehingga menjadi sasaran buli siber secara dalam talian,

Kunjungan itu dibuat sehari selepas sebuah mahkamah mensabitkan kesalahan ke atas 11 individu yang mengganggu gadis berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Mila itu, yang terpaksa menukar sekolah dan menerima perlindungan polis selepas videonya tular.

Hafiz menjadi pemandu arah Mila pada kunjungan selama dua jam di masjid itu dan taman sekitarnya, dengan pantauan kawalan keselamatan yang ketat.

“Masjid Paris terbuka untuk semua. Kami mahu menunjukkan kepadanya apa makna sebenar Islam. Mila menyatakan dirinya masih lagi keliru mengenai isu ini terutama berkaitan isu yang disalah tafsir.

Senashkah Al-Quran Merah Jambu buat Mila

“Sudah pasti Islam jelas adalah agama yang harus dihormati,” kata Hafiz.

Namun beliau percaya bahawa Mila mengungkapkan ‘kata-kata ‘tajam’ dalam konteks tertentu yang mana disebabkan buli siber.

Imam Masjid Paris tersebut turut menyatakan bahawa “boleh jadi kata-katanya adalah pemikiran dirinya yang sebenar, namun saya yakin bahawa kita perlu membetulkan salah faham ini”.

“Masjid Paris terbuka bagi semua orang. Kami ingin menerangkan apa itu Islam yang sebenarnya buat Mila”, kata Imam Masjid Paris.

Sejak videonya yang penuh dengan perkataan buruk terhadap Islam tular pada 2020, pelajar sekolah yang sebelumnya tidak dikenali menjadi figura perpecahan di Perancis, yang dilihat penyokong sebagai seorang pejuang berani bagi kebebasan bersuara dan oleh pengkritik sebagai sengaja melakukan tindakan provokatif dan Islamofobia.

Mila menyatakan bahawa “Kunjungan ini adalah tanda damai yang amat bermakna untuknya” selepas menerima senashkah al-Quran berwarna merah jambu daripada imam, Chems-eddine Hafiz.

Mila, yang berasal dari tenggara wilayah Isere, baru-baru ini menerbitkan sebuah buku mengenai pengalamannya berjudul ‘Saya ialah Harga Kebebasan Anda’. – AFP