Gadis Yaman Ini Buka Kedai Telefon Demi Memenuhi Keperluan Kaum Wanita Yang Inginkan Privasi Telefon Mereka Terjaga

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Anisa Abdul Karim, 25, bekerja sebagai tukang penyelenggara telefon bimbit dan komputer di sebuah kedai kecil yang baru saja dibuka di bandar Taiz, pusat Yaman. Beliau menjadi wanita Yaman pertama yang memasuki bidang ini, tradisi dan pandangan orang yang menganggap profesion ini sebagai hak asasi manusia.


Melalui pekerjaanya, Anisa berusaha melindungi privasi dan data wanita serta berusaha menangkis keganasan rumah tangga terhadap gadis-gadis muda. Kerana kerap berlaku ugutan terhadap para wanita apabila pemilik kedai yang membaiki telefon menyalin gambar, video dan nombor telefon dari telefon bimbit wanita yang rosak. Mereka kemudiannya menggunakan data ini dan bertindak mengancam mereka dan akan berhenti kecuali apabila mereka membayar sejumlah wang.


Anisa berkata, “Idea ini terlintas di fikiran saya setelah peranti telefon saya hancur, menyebabkan saya terpaksa menyimpannya selama bertahun-tahun. Saya juga tidak menghantar ke kedai sebagai memenuhi permintaan keluarga saya yang enggan menghantar telefon ini untuk dibaiki di kedai. Perkara yang berlaku ini telah mewujudkan keinginan saya untuk bekerja dalam bidang ini bagi menyelesaikan masalah saya serta masalah para wanita atau gadis lain.”


Sejak kebelakangan ini, ramai gadis mula mengambil profesion yang dianggap dalam masyarakat hanya khusus untuk lelaki. Ramai aktivis hak asasi manusia memuji usaha wanita Yaman memasuki profesion yang pelbagau seperti jurugambar, pemandu teksi, dan lain-lain, dan mencapai kejayaan yang luar biasa.


Anisa al-Nahar menghabiskan masa di kedai dengan membaiki telefon bimbit dan komputer riba dengan penuh semangat. kerjaya ini juga sebenarnya kerjaya yang diwarisi oleh bapanya, iaitu bekas jurutera elektronik dan permintaan dari pihak keluarga yang berharap agar ada yang dapat meneruskan kerjaya seperti bapanya.

Kedai wanita muda Yaman ini sangat terkenal dalam kalangan pelanggan, yang kebanyakannya adalah wanita yang mengenalinya sejak tercetusnya perang di kota Taiz pada tahun 2015.


Anisa berusaha mengembangkan kemahirannya secara perlahan-lahan melalui video yang dipelajarinya di YouTube . Selain itu, dia tuurt menyertai Institut Teknikal bagi meneruskan proses pendidikan untuk mempelajari kerja yang teknikal pembaikian dan penyelenggaraan komputer. Di institusi ini juga dia mulai bekerja tanpa bayaran selama empat tahun, dan berharap dapat membuktikan dirinya serta untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman.


“Saya membuka sebuah kedai pada April 2020, dan mempraktikkan profesi menjaga telefon bimbit dan komputer, dan mengatasi ketakutan saya kerana pandangan orang dan keengganan mereka untuk menerima saya,” kata Anisa.


Tambah Anisa lagi di Maan News, “Tujuan saya membuka kedai ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah sosial yang mungkin dialami wanita, dan saya berusaha untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan kandungan peranti mereka di samping dapat mengurangkan risiko gangguan oleh pekedai lelaki, seperti yang telah terjadi di bandar-bandar lain, di mana mereka telah privasi mereka telah terdedah menyebabkan mereka dipukul dan diceraikan kerana foto dan video mereka telah dibocorkan. “


Salah seorang pelanggan Anisa iaitu Khawla Muhammad, “Kami dulu rasa sangat sukar untuk memperbaiki telefon. Namun kini, kami sama sekali rasa berbeza dan tidak ada perasaan bimbang kerana yakin terhadap Anisa”.