Galakkan Peluang Penglibatan Wanita Kuasai Bidang STEM

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Kaum Wanita digalakkan turut terlibat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara lebih aktif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata peratus keterlibatan wanita dalam bidang tersebut jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kaum lelaki menurut data daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)’

Menurut beliau, berdasarkan data tersebut lebih 70 peratus penyelidik dalam STEM adalah lelaki manakala wanita pula kurang 30 peratus.

“Begitu juga di peringkat pengajian tinggi, direkodkan hanya 30 peratus pelajar perempuan memilih untuk menceburkan diri dalam bidang STEM.

“Saya mencadangkan agar kerajaan memanfaatkan kewujudan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dengan merangka program yang bersesuaian, yang mana kumpulan fokusnya adalah wanita dengan mengambil model daripada MOSTI untuk turut diaplikasi di PSKT.

Tambahnya lagi, “Suka saya mencadangkan satu insentif khas diberikan buat wanita Terengganu yang menceburi bidang ini sepertimana ‘British Council’ engan izin menawarkan biasiswa kepada wanita yang menyambung pengajian dalam bidang STEM.”

Beliau berkata demikian ketika dalam berucap dalam Perbahasan Ucapan Titah Tuanku dalam Sidang DUN di Wisma Darul Iman, sebentar tadi.

Zuraida menegaskan bahawa perlunya wujud usaha untuk menarik wanita bagi menceburi bidang STEM.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM