Gelaran Antarabangsa Pertama Bakar Semangat Myisha

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PETALING JAYA – Pemain perseorangan wanita muda negara, Myisha Mohd Khairul akhirnya menikmati gelaran juara di pentas antarabangsa selepas menjuarai Siri Antarabangsa Belanda di Wateringen kelmarin

Kejayaan tersebut hadir selepas pemain berumur 19 tahun berkenaan berjaya mengatasi rakan senegara, Siti Nurshuhaini Azman 21-19, 18-21 dan 21-19 dalam aksi final yang berlangsung selama 70 minit.

Kejayaan Myisha merangkul Siri Antarabangsa Belanda itu adalah merupakan gelaran pertama pemain ranking ke-328 dunia itu dalam saingan peringkat senior di pentas antarabangsa.

“Dengan kejayaan pertama saya di pentas antarabangsa ini, saya anggap ia sebagai pembakar semangat selain harap dapat mengekalkan momentum untuk kejohanan-kejohanan akan datang.

“Memang saya dan Siti Nurshuhaini sudah banyak kali lawan dan berlatih bersama, jadi kami sudah tahu kekuatan dan kelemahan serta cara permainan masing-masing, sebab itu permainan agak sengit.

“Saya juga sebenarnya tidak sangka dapat menjadi juara dalam kejohanan ini. Bagaimanapun, saya bersyukur dan anggap ia permulaan yang baik dan memberi semangat untuk pergi lebih jauh,” katanya.

Sumber: UTUSAN MALAYSIA