KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.7 pada skala Richter melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada 5.09 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi berlaku pada kedudukan 89 kilometer barat laut dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 10 km.
“Gegaran dirasai di bahagian barat Semenanjung terutama Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.”
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal tersebut gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Menurut MetMalaysia menerusi Twitter memaklumkan gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter turut melanda Selatan Sumatera pada jam 5.38 pagi, 79 km dari Siberut, Indonesia.
Tambahan pula, gempa bumi tersebut tidak akan membawa ancaman tsunami kepada negara.
Sumber: BERNAMA