Gol Saat Akhir De Jong Beri Barcelona Satu Mata Dalam Aksi ‘Derby’

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

ESPANYOL 2 BARCELONA 2

Luuk de Jong menyelamatkan satu mata buat Barcelona selepas tandukannya pada lewat permainan memastikan pasukan bimbingan Xavi itu bangkit mengikat seteru setempat, Espanyol, dalam perlawanan LaLiga di Stadium RCDE awal pagi tadi.

Pedri membuka jaringan buat Barca seawal minit kedua tetapi kelebihan itu dileburkan Sergi Darder untuk kembali mengikat kedudukan buat Espanyol menjelang ke bilik persalinan.

Raul de Tomas kemudian meletakkan Espanyol di depan pada minit ke-64 aksi ‘derby’ itu tetapi Barca menyamakan kedudukkan dalam waktu kecederaan menerusi tandukan De Jong.

Kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan 10 pemain selepas Gerard Pique dan Nicolas Melamed dilayangkan kad kuning kedua kerana terjahan lewat.

Manuel Morlanes, yang membuat penampilan selaku pemain gantian sebelum dikeluarkan kerana kecederaan, turut dilayangkan kad merah di tepi padang.

Keputusan seri itu bermakna Barca merekodkan rekod baru selaku pasukan paling lama tidak tewas dalam aksi ‘derby’ LaLiga (24 perlawanan) dan menamatkan saingan minggu ini di tangga keempat dan ketinggalan empat mata di belakang pasukan di tangga ketiga, Real Betis.

Sumber: AWANI