Grafiti hina Islam, Nabi Muhammad di masjid Perancis

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
KEADAAN sebuah masjid yang diconteng dengan grafiti menghina Islam dan Nabi Muhammad di Rennes, Perancis. – AFP

Kementerian Dalam Negeri Perancis menggesa kawalan keselamatan ditingkatkan selepas kegiatan vandalisme mencemari dinding sebuah masjid dan pusat budaya Islam di bandar Rennes.

Lukisan grafiti itu menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, sekali gus dikhuatiri boleh mencetuskan kekecohan dalam kalangan umat Islam.

Sehubungan itu, pejabat pendakwan raya di Rennes membuka kertas siasatan untuk menyiasat insiden berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin mengutuk perbuatan tersebut dan menzahirkan solidariti dengan 5.7 ribu penduduk Islam di seluruh Perancis.

“Seni yang menghina agama Islam di masjid dan pusat budaya adalah sangat tidak wajar.”

“Saya sudah mengarahkan pihak berkuasa meningkatkan keselamatan di kawasan sekitar supaya insiden serupa tidak berulang,” katanya.

Insiden itu berlaku beberapa hari sebelum umat Islam di negara ini dijangka menyambut Ramadan. – AGENSI