Gudang Musnah Terbakar

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

CHUKAI – Gudang di kilang CJ Bio Malaysia Sdn Bhd dekat Kerteh, Kemaman terbakar, malam tadi.

Ketua Zon Dua, Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba ll, Azman Alias berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kira-kira 8 malam.

Menurutnya, 22 pegawai termasuk anggota Bomba dari Balai Bomba Kerteh dan Paka telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran itu telah menyebabkan pelbagai barangan termasuklah sebuah lori hangus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

“Siasatan mendapati tiada sebarang bahan kimia di dalam gudang terbabit dan pihak kami berdepan kesukaran berikutan asap tebal.

“Pihak bomba terpaksa berhati-hati dalam operasi memadam kebakaran itu kerana bimbang berlaku runtuhan bangunan terbabit,” katanya.

Katanya, kebakaran berjaya dipadamkan pada 11.04 malam dan tiada sebarang kemalangan jiwa direkodkan. Manakala, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: HARIAN METRO