MEMBELA kucing turut datang dengan pelbagai cabaran seperti perlu sentiasa membersihkan rumah bagi membuang bulunya selain tempat najisnya kerana ia boleh mendatangkan bau kurang menyenangkan.
Tidak hanya tempat najis si bulus, makanannya juga boleh mengeluarkan bau busuk dan boleh membuatkan kita berasa tidak selesa dalam rumah sendiri.
Atas sebab itu, pemilik kucing juga perlu memberi tumpuan kepada tempat makanannya apatah lagi jika anda meletakkannya di dalam rumah.
Bukan sahaja berbau busuk tetapi ia boleh menyebarkan bakteria dan mungkin menjangkiti kucing kesayangan anda.
Terdapat empat cara berkesan untuk menghilangkan bau makanan haiwan peliharaan kesayangan anda;
1. Surat khabar lama
Antara benda yang menyerap pelbagai bau termasuk makanan adalah dengan menggunakan surat khabar lama.
Caranya mudah, letakkan surat khabar di sekeliling makanan haiwan peliharaan anda. Ia dapat menyerap bau dengan baik.
2. Baking soda, serbuk kopi
Kedua-dua bahan ini juga boleh digunakan untuk mencuci tempat makanan kucing dan menghilangkan baunya.
Selain mencuci, campuran baking soda, serbuk kopi dan minyak essensial boleh dijadikan sebagai penyegar ruang tempat makan kucing.
3. Guna bekas simpanan
Pindahkan makanan kucing berbentuk kering ke dalam bekas simpanan dan tutup rapat selepas memberikan kucing anda makan.
Jangan biarkan ia terbuka kerana baunya dapat bertebaran ke seluruh rumah.
4. Letakkan di luar rumah
Antara cara lain adalah meletakkan makanan haiwan peliharaan anda di luar rumah. Ini akan memudahkan anda untuk menjaga kebersihan tempat makanannya selain baunya tidak mencemari ke dalam rumah.
Sumber: mStar