Penduduk Congo panik dan terpaksa melarikan diri selepas Gunung Berapi Nyiragongo meletus.
Menurut koresponden AFP, walaupun letusan lava itu terhenti di pinggir timur bandar Goma, keadaan dilihat belum stabil.
Letusan gunung berapi itu juga hampir memasuki kawasan Lapangan Terbang Goma di tepi Tasik Kivu dan telah memusnahkan sebanyak 500 rumah berdekatan.
Ribuan orang terpaksa melarikan diri sejak waktu malam dan kelihatan banyak keluarga tidur di tepi jalan dengan dikelilingi barangan yang dibawa. Terdapat 5 kematian setakat ini yang dikesan akibat kemalangan jalan raya kerana orang ramai panik ingin melarikan dili.
Sebelum berlakunya letusan gunung berapi, langit bertukar menjadi warna merah. Menurut volkanologis, Charles Balagizi menyatakan beradasakan laporan pemerhatiannya, arah lava mengalir adalah menghala ke arah Rwanda bukan Goma.
Goma berada di antara Congo dan Rwanda, yang merupakan pusat serantau agensi kemanusiaan bagi rantau tersebut. Aliran lava tersebut juga turut menhampiri Taman Negara Virunga yang merupakan rumah bagi haiwan seperti haiwan gorilla gunung di dunia.
Terdapat penduduk yang berlindung di atas bot di Tasik Kivu, sementara yang lain melarikan diri ke Gunung Goma, kawasan tertinggi di negara tersebut.
Letusan ini juga berlaku setelah hampir dua dekad sunyi dari sebarang letusan yang mana kali terakhir berlaku pada tahun 2002.