Seorang guru melakukan percubaan untuk menarik tudung seorang pelajar Muslim, di News Jersey Amerika Syarikat. Insiden berlaku di Sekolah Rendah Seth Boyden di mana guru tersebut mencuba menarik tudung pelajarnya di hadapan pelajar kelas yang lain, sehingga menyebabkan pelajar tersebut mengalami trauma.
Berdasarkan laporan, pelajar tersebut cuba memegang tudung yang dipakainya, bagi mengelakkan tudung tersebut dicabut oleh gurunya Tamar Herman. Herman turut menyatakan kepada pelajarnya bahawa rambutnya sudah cantik dan dia tidak perlu lagi memakai tudung ke sekolah.
Atlet Muslimah Amerika Syarikat, Ibtihaj Muhammad mengecam keras tindakan anti muslim yang dilakukan tersebut.
“Bayangkan anda sebagai kanak-kanak dan pakaian ada ditarik di hadapan khalayak rakan sekelas, bayangkan penginaan dan trauma yag mengakibatkannya. Ini satu penderaan. Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat, terlindung dan nyaman buat kanak-kanak – tidak kira apa agama yang dianuti sekalipun”. kata Ibtihaj Muhammad.
Kumpulan advokasi Muslim Council on American-Islamic Relations (CAIR) cawangan New Jersey berkata pendidik itu perlu dipecat serta-merta meskipun siasatan insiden Islamofobia itu maish belum selesai. “Guru yang bersikap perkauman ini tidak boleh dipercayai,” kata Pengarah Eksekutif Selaedin Maksut di Twitter.
Selain itu, Majlis Hubungan Amerika-Islam cawangan New Jersey juga sedang meneliti kes itu dan menggesa guru itu dipecat.
“Tudung adalah sama seperti pakaian lain untuk wanita Islam. Menanggalkannya secara terbuka merupakan perkara yang sangat memalukan,” kata Selaedin Maksut, pengarah eksekutif CAIR-NJ.
Sementara itu, ibu gadis itu, Cassandra Wyatt berkata, guru itu perlu menerima hukuman atas perbuatannya. “Dia perlu tahu itu adalah hijab,” katanya. “Dia perlu membayar untuk itu. Saya berharap dia meminta maaf kepada anak perempuan saya, agar anak perempuan saya rasa lebih baik,” lapor ABC7.
Menurut kajian, meskipun setelah dua dekad peristiwa 9/11 berlalu, umat Islam di seluruh Amerika Syarikat masih lagi bertarung dengan komuniti sekeliling yang tiada bertoleransi, perkauman dan kebencian.
Tinjauan oleh The Associated Press-NORC Centre for Public Affairs Research (AP-NORC) yang dijalankan menjelang ulang tahun 9/11 mendapati bahawa 53% rakyat Amerika mempunyai pandangan buruk terhadap Islam, berbanding 42% yang mempunyai pandangan yang baik terhadap umat Islam. Ini berbeza dengan pendapat orang Amerika tentang Kristian dan Yahudi, yang mana kebanyakan responden memberi respon yang baik.
Ketidakpercayaan dan kecurigaan terhadap umat Islam tidak bermula dengan 9/11, tetapi serangan tersebut berjaya merancakkan semarak kebencian dan permusuhan di negara tersebut. Disebabkan terbiasa masyarakat Islam di sana sudah terbiasa tidak dihiraukan serta menjadi sasaran gangguan tahap rendah, kewujudan mereka telah menarik perhatian, kata Youssef Chouhoud, seorang saintis politik di Christopher Newport University di Virginia.
Sumber: Daily Sabah