Habit Yang Selalu Kita Buat Sebagai Rutin Harian Tetapi Sebenarnya Memberi Kesan Buruk Terhadap Kesihatan Kita

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Banyak benda yang ibu bapa kita dah ajar sejak kita dari kecil, contohnya berus gigi selepas makan, jangan tonton televisyen terlalu dekat dan banyak lagi. Ada banyak habit yang kita dah biasa buat tapi sebenarnya memberi kesan buruk kepada tahap kesihatan dan kebersihan kita.

1. Korek telinga

Ramai yang gunakan cotton bud sebagai alat yang sesuai untuk korek telinga, sedangkan korek telinga tak perlu pun. Tahi telinga akan kering dan keluar dengan sendirinya. Jadi kita hanya perlu mencuci bahagian luar sahaja.

2. Flush tandas

Semua orang tahu kena flush tandas selepas digunakan. Tapi sebaiknya flush tandas dengan menurunkan penutup tandas. Bukannya dibiarkan terbuka kerana bakteria akan terbang sehingga 2 meter tinggi.

3. Tak semua makanan kena basuh

Rupa-rupanya tak semua jenis makanan yang belum dimasak kena basuh. Contohnya, daging merah tak perlu dibasuh. Tapi buah-buahan atau sayur-sayuran haruslah dibasuh.

4. Cuci hidungĀ 

Bila kita rasa ada sesuatu dalam hidung pastinya kita akan lakukan apa sahaja agar hidung kita berada dalam keadaan selesa dan senang bernafas. Kebanyakkan daripada kita akan cuci hidung menggunakan tangan dan ianya akan menyebabkan bakteria luar masuk.

Seeloknya cuci dengan air dengan memasukkan sedikit air dan hembus keluar.

5. Berus gigi selepas makan

Semua orang akan berus gigi setiap hari terutama sewaktu pagi dan sebelum tidur. Tapi jangan berus gigi sejurus selepas makan, sekurang-kurangnya 30 minit atau satu jam selepas makan.

Sumber: Brightside