Halima Aden Kini Yakin Untuk Menceburi Rentak Dunia Baru, Dunia Rekaan Fesyen

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Sumber: The guardian

Merasakan bahawa dunia peragaan bertentangan dengan nilai jati diri muslimahnya, Halima Aden, peraga fesyen terkenal yang berhijab ini memilih untuk tidak menyambung kontraknya dalam industri peragaan demi menjaga nilai keislamannya meskipun kerjayanya sebelum ini membawa pulangan yang lumayan.

“Halima menyatakan bahawa sejak kecil lagi, dia mempunyai satu prinsip iaitu – don’t change yourself, change the game’ – Prinsip ini telah membantu saya menjalani kehidupan,” katanya kepada wartawan dalam satu wawancara di Istanbul, (AFP) melaporkan.

“Ketika saya memilih keputusan untuk berhenti, saya lakukan sahaja apa yang saya pilih ini,” katanya. ” Dan saya sangat bangga dengan pilihan ini.”

Halima Aden

Setelah berhenti dari industri peragaan, Halima kini menceburi dunia rekaan fesyen di Istanbul, dan melibatkan diri dalam penciptaan koleksi rekaan eksklusif bagi jenama Modanisa di Turki.

“Apa yang paling saya gemari tentang Turki, terutamanya Istanbul, adalah kepelbagaiannya. Anda dapat melihat wanita yang tidak memakai hijab beriringan dengan wanita yang memakai hijab,” katanya. “Anda mendapat nikmat dunia di Istanbul.”

Kejayaan Halima Aden

Sumber: Al-Jazeera

Halima, 24 tahun yang merupakan warga Somalia-Amerika, telah dilahirkan di kem pelarian di Kenya. Beliau mula menjadi model pada Februari 2017, setelah menyertai pertandingan Miss Minnesota dan beliau berjaya sehingga ke peringkat ke separuh akhir pertandingan.

Sejak itu, beliau sering memperagakan jenama Max Mara, Alberta Ferretti, dan jenama fesyen Kanye West, Yeezy, dengan berhijab.

Halima juga melakar sejarah setelah menjadi wanita pertama kulit hitam yang menghiasi muka depan majalah Essence sebagai model bertudung untuk edisi ulang tahun ke-50 pada Disember 2019.

Setelah menceburi industri fesyen sebagai pereka, dia yakin fesyen sederhana mampu bertahan dari krisis seperti wabak coronavirus serta perubahan fesyen.

“Ia merupakan fesyen tertua, telah wujud sejak ratusan tahun dahulu, dan akan terus wujud selama ratusan tahun akan datang,” katanya.

Islam dan fesyen juga dibenarkan 100 peratus kerana tidak ada dalam agama kita yang mengatakan bahawa anda tidak boleh bergaya,” katanya.

Sumber : About Islam