Hampir 950,000 Kanak-Kanak di Malaysia Lengkap Vaksinasi COVID-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 945,787 atau 26.6 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, seramai 1,560,474 atau 43.9 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,898,581 atay 93.2 peratus sudah lengkap vaksinasi manakala 2,996,030 atau 96.3 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Di samping itu, sejumlah 16,04,993 individu dewasa atau 68.2 peratus sudah menerima dos penggalak manakala 22,968,441 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin dan 23,244,381 menerima satu dos vaksin.

Tambahan pula, sebanyak 27,286 dos vaksin COVID-19 harian yang diberikan semalam melibatkan seramai 8,290 dos pertama, manakala dos kedua pula adalah 16,207 dan dos penggalak ialah 2,789 yang menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini iaitu 70,446,288.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, satu kematian akibat pandemik COVID-19 dilaporkan semalam adalah di Kedah.

Sumber: BERNAMA