Hanya 301 Orang Masih Di PPS Di Pahang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Seramai 301 mangsa banjir daripada 89 keluarga masih berada di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang setakat jam 8 pagi tadi.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, jumlah itu membabitkan mangsa banjir di daerah Pekan, Rompin dan Maran.

Seramai 161 mangsa banjir di Pekan, diikuti Rompin seramai 79 orang dan Maran pula seramai 61 orang.

Bagaimanapun, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 364 mangsa banjir daripada 104 keluarga di 10 PPS, semalam.

Sementara itu, berdasarkan maklumat Portal Public InfoBanjir bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), bacaan melepasi paras waspada direkodkan di tiga sungai di Pahang.

Masing-masing, satu sungai di Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub yang mencatatkan bacaan 133.80 meter (m), berbanding paras amaran 133.33 m.

Selain itu, Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi Bentong yang merekodkan bacaan 52.06 m berbanding 51.86 m. Manakala, bacaan 20.24 m direkodkan di Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran berbanding 19 m.

Sumber: HARIAN METRO