Saudi Arabia mengehadkan jumlah jemaah haji tahun ini kepada hanya kepada 60,000 jemaah yang menerima vaksin.
Kementerian Haji Arab Saudi menyatakan bahawa peluang ini terbuka kepada penduduk warga negara mereka atau jemaah dari luar negara, terhad pada 60,000 jemaah ,” lapor Saudi Press Agency.
Perintah haji yang akan dilaksanakan pada pada akhir bulan Julai, hanya terhad kepada mereka yang telah diberi vaksin dan berusia di bawah 65 tahun tanpa penyakit kronik, katanya.
Ini menjadikan 2021 tahun kedua kerajaan arab saudi menguruskan jemaah haji semasa pandemik koronavirus.
Haji diharuskan bagi umat Islam yang berkemampuan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka –
Jumlah jemaah haji yang ramai dan boleh mencecah sehingga jutaan jemaah menjadikan tempat tersebut tempat yang sesak dan berisiko menjadi punca utama penularan wabak. Disebabkan itu langkah mengurangkan jemaah haji dilakukan.
Tahun lepas hanya 10,000 umat Islam yang dibenarkan melakukan perintah haji, jumlah yang sangat kecil berbanding jumlah biasa iaitu seramai 2.5 juta.
Had bagi jemaah umrah adalah 20,000 sehari, dengan jumlah 60,000 jamaah dibenarkan menunaikan solat setiap hari di masjid.
Umrah biasanya menarik berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia setiap tahun. Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, umrah hanya akan dibenarkan kembali sepenuhnya setelah ancaman wabak korona virus mereda.
Perlu ambil langkah berjaga-jaga
“Wabak yang berlaku di seluruh dunia dan munculnya varian baru, memerlukan pihak yang berkaitan untuk terus memantau keadaan kesihatan global,” lapor kementerian haji.
Arab Saudi setakat ini mencatatkan lebih daripada 460,000 jangkitan koronavirus, termasuk 7 536 kematian.
Kementerian kesihatan menyatakan mereka telah memberikan lebih daripada 15 juta dos vaksin koronavirus, di negara yang populasimya lebih dari 34 juta itu.