KUALA LUMPUR: Ibu bapa Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang dibunuh empat tahun lalu, tiba di Kompleks Mahkamah di sini, pagi ini.
Zulkarnain Idros dan Hawa Osman masing-masing memakai baju hitam memaparkan #justicefarhan, #saynotobully dan #humanity tiba di pekarangan kompleks mahkamah pada jam 8.30 pagi.
Mereka hadir bagi menyaksikan nasib 18 pelajar yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan anaknya yang akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hakim Datuk Azman Abdullah dijangka menyampaikan keputusan di akhir kes pembelaan terhadap Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Keputusan itu akan turut disampaikan terhadap 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.
Sumber: Berita Harian