Hasut isu vaksin, boleh diambil tindakan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Lumpur: Mana-mana individu yang didapati menghasut orang ramai mengenai pengambilan vaksin akan dikenakan tindakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, banyak berita palsu yang sukar dikawal termasuk video yang ditularkan berhubung perkara itu.

Katanya, menerusi Ordinan Darurat yang dipinda itu, tindakan segera boleh diambil kepada mereka.

“Ia dianggap sebagai mendatangkan khianat awam dengan niat menakut-nakutkan orang ramai,” katanya pada sidang media harian, semalam.

“Bukan sekali, sekali sudah pun diberi amaran, kali kedua diberikan denda, kali ketiga buat lagi, kali keempat buat lagi, kali kelima buat lagi.

“Yang kedua, mereka yang dianggap melakukan kesalahan serius dan perlu diberikan tindakan.

“Daripada hari pertama kita bercakap soal PKP, kelab malam berada di dalam senarai terlarang, maknanya langsung tak boleh dibuka.

“Setiap hari ada tangkapan di kelab malam. Saya kira yang mungkin akan dikenakan kompaun yang tinggi kerana kedegilan mereka masih lagi mengunjungi kelab malam yang termasuk di dalam senarai terlarang,” katanya.

Ismail Sabri berkata, denda tinggi itu juga boleh dikenakan kepada mereka yang dikuarantin yang berada di tempat awam sehingga boleh memberi kesan kepada orang lain.

Dalam pada itu beliau berkata, seramai 400 individu dikesan melakukan kesalahan ingkar PKP.

Katanya, daripada jumlah itu 352 dikenakan kompaun manakala 48 direman.

“Aktiviti pusat hiburan sperti biasa ada, hari ini 102 jadi masih lagi tinggi,” katanya pada sidang media harian semalam.

Katanya secara kumulatif, sehingga 28 Februari 2021, seramai 12,121 pendatang asing tanpa izin serta 922 tekong ditangkap.

Katanya sebanyak 445 sekatan jalan raya Op Benteng juga dilaksanakan di seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengunjung kelab malam, individu dikuarantin dan mereka yang melakukan kesalahan berulang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dipertimbangkan untuk dikenakan kompaun maksimum sehingga RM10,000.

Sumber: My Metro