Hati Tidak Tenang Kerana Depresi, Lakukan 5 Amalan Ini Mengikut Cara Dalam Islam

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Masalah depresi seringkali terjadi disebabkan tekanan yang membebani minda kita. Ia boleh terjadi disebabkan masalah peribadi, kerja ataupun keluarga. Oleh itu, terdapat pelbagai amalan yang boleh amalkan untuk menghilangkan rasa beban yang ditanggung sepertimana disarankan di dalam Islam.

1. Solat

Sebagai umat Islam, kita haruslah diwajibkan untuk menunaikan solat lima waktu kali sehari. Allah SWT amat murka dengan hamba-hambanya yang sengaja meninggalkan solat tanpa sebab. Solat bukan sahaja dapat mendekatkan diri kita dengan Allah SWT, malah ia dapat menenangkan jiwa dan minda serta mampu mengurangkan rasa tekanan yang dirasai. Selain menunaikan solat lima waktu kali sehari, anda disarankan untuk melakukan solat sunat kerana ia mempunyai banyak kelebihannya.

2. Berzikir

Apabila kita berasa stres atau depresi, pastinya hati kita akan mula gusar dan tidak tenang. Bagi menghilangkan perasaan depresi, salah satu caranya adalah berzikir kerana melalui berzikir dapat melahirkan hati yang tenang dan gembira. Solat dan zikir antara salah satu amalan yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.

3. Bersabar

Sepertimana kita tahu, sabar itu adalah separuh daripada iman. Bagi orang yang penyabar merupakan orang yang banyak mendapat kebaikan dan manfaatnya. Dalam Islam, sifat sabar itu sentiasa diwajibkan untuk setiap umat apabila ditimpa masalah atau musibah. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Maka, bersabar itu lebih indah dan hanya Allah tempat kita memohon pertolongan. 

4. Percaya Dengan Pertolongan Allah SWT

Setiap masalah yang berlaku, pastinya ada jalan penyelesaian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik kepada Allah dan bertawakkal agar hati kita menjadi lebih tenang. Ini kerana sesungguhnya setiap kesulitan pasti ada kemudahannya.

5. Berdoa

Berdoa merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi dengan Allah SWT dan jalan untuk mendekatkan diri kita dengan-Nya. Mintalah pertolongan kepada-Nya saat hati kita tidak tenang, cemas dan gusar kerana dengan berdoa, In Sya Allah kita dapat diberikan ketenangan minda dan jiwa.

Sumber: HIJABISTA