LONDON – Kai Havertz kini menjadi pemain termahal Arsenal selepas berpindah dari Chelsea pada harga 65 juta pound (RM385.12 juta) pada Rabu lalu.
Pemain Jerman berusia 24 tahun itu menjadi pemain dengan gaji tertinggi di Emirates selepas menandatangani kontrak bernilai 17 juta pound (RM100.72 juta) setahun.
Havertz akan menerima gaji 331,000 pound (RM1.6 juta) seminggu dengan insentif tambahan bergantung kepada kejayaannya di atas padang.
Sebelum ini Thomas Partey dikatakan menerima gaji tertinggi di Emirates, namun ia diatasi Bukayo Saka selepas pemain itu menandatangai kontrak baharu bernilai 300,000 pound (RM1.78 juta) seminggu.
Havertz akan menyarung jersi bernombor 29, nombor sama dipakainya ketika di Bayer Leverkusen dan Chelsea.
Dia mengharungi tiga musim di Stamford Bridge, meledak gol kemenangan ketika final Liga Juara-Juara Eropah sebelum memenangi Piala Super dan Piala Dunia Kelab.
Havertz meledak 32 gol dalam 139 penampilan untuk The Blues di bawah empat pengendali berbeza, termasuk dua kali di bawah Frank Lampard.
– BERITA HARIAN