Hebahan Kehilangan Kanak-Kanak di Media Sosial Perlu Dilakukan Dengan Waspada – Bukit Aman

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Hebahan menerusi media aplikasi Facebook dan WhatsApp mengenai kehilangan kanak-kanak sememangnya dapat membantu pihak berkuasa, tetapi ia pelu dilakukan dengan lebih berhati-hati bagi menjaga keselamatan kanak-kanak dan keluarga yang terlibat.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bikit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan, ibu bapa atau orang ramai yang ingin membuat hebahan mengenai kanak-kanak hilang perlu menggunakan platform yang betul.

Selain itu, beliau juga berkata ibu bapa terlebih dahulu perlu membuat laporan polis dan menyerahkan tindakan hebahan yang dibuat oleh pihak polis melalui hebahan yang mempunyai prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan maklumat kanak-kanak disebar luas dengan mekanisme yang tepat.

“Polis dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat turut membangunkan sistem amaran awal kanak-kanak hilang yang dikenali sebagai “National Urgent Response Alert” (NUR Alert) bagi membuat hebahan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun yang dilaporkan hilang.”

“Hebahan melalui NUR Alert hanya akan dibuat oleh pasukan petugas yang diluluskan oleh polis seperti pihak Facebook, bank, syarikat telekomunikasi yang sehingga kini berjumlah 41 ahli petugas daripada pelbagai agensi,” jelasnya.

Sementara itu, Penganalisis Jenayah Datuk Seri Akhbar Satar berkata, tindakan menguar-uarkan tentang kehilanan anak mereka melalui kaedah media sosial merupakan cara yang cepat untuk menyebarkan maklumat dan mengajak orang ramai membantu mengesan anak yang hilang tersebut.

Tambahan beliau, dinasihatkan juga laporan polis turun dibuat dengan segera agar pihak polis mengambil tindakan sewajarnya secepat mungkin dan ibu bapa juga perlu mendapatkan nasihat daripada polis mengenai maklumat yang boleh didedahkan kepada orang ramai bagi mencari anak mereka.

Sumber: BERNAMA