Washington: Helikopter Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), Ingenuity berjaya diterbangkan di Planet Marikh pada Isnin.
Data dan imej dari penerbangan itu dihantar 278 juta kilometer ke bumi diterima NASA dan diproses tiga jam kemudian.
Jurutera memantau misi yang dirancang selama enam tahun itu menerusi skrin di Makmal Dorongan Jet di California.
“Kami berbicara mengenai detik ‘Wrigt Bersaudara’ ini di Marikh sejak sekian lama dan ini adalah detiknya,” kata MiMi Aung, ketua jurutera kepada pasukannya.
NASA merancang penerbangan itu pada 11April lalu namun tertangguh berikutan masalah perisian yang dikesan ketika percubaan penerbangan berkelajuan tinggi untuk menguji rotor helikopter berkenaan.
Sumber: My Metro