Hidup Mati Ancelotti di Tangan PSG

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

MADRID – Carlo Ancelotti sudah berada cukup lama untuk menyedari perlawanan ini amat penting buat Real Madrid.

Pertembungan terakhir kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara berdepan Paris Saint-Germain akan memberikan sesuatu yang amat signifikan buat Presiden Madrid, Florentino Perez berbanding mana-mana 39 jadual perlawanan mereka musim ini.

Pada 2018, Zinedine Zidane melancarkan karier kejurulatihannya dengan menang aksi hebat seperti ini.

Tidak penting Real Madrid menamatkan musim hampir 20 mata di belakang Barcelona dalam La Liga.

Zidane membawa pasukannya melepasi halangan empat gergasi Eropah dalam pusingan kalah mati – PSG, Juventus, Bayern Munich dan di final, Liverpool – dan dia segera digelar bijak.

Jika kejayaan di Eropah boleh memberi alasan kegagalan dalam liga domestik di Real Madrid, ia memang benar.

Menang La Liga musim ini bagaimanapun mungkin tidak cukup untuk menghalang persoalan serius ditanya mengenai arah tuju kelab jika PSG meraikan kemenangan di Santiago Bernabeu.

Ancelotti menyedari lebih daripada sesiapa sahaja bahawa harapannya terlalu tinggi. Dia mengalaminya pada 2015, selepas membawa Madrid meraih ‘La Decima’ – kejuaraan ke-10 dalam Liga Juara-Juara namun dipecat pada musim berikutnya.

“Madrid bukanlah kelab apabila anda menanam benih,” katanya dalam bukunya ‘Quiet Leadership’ pada 2017. “Anda hanyalah sebahagian projek.”

Kemenangan 4-1 Real Madrid mengatasi Real Sociedad Sabtu lalu memberikan mereka kelebihan lapan mata di persada La Liga dan mereka hampir pasti memenangi dari sini.

Persembahan cemerlang membayangkan mereka boleh menukar defisit 1-0 menentang PSG.

Sumber: BERITA HARIAN